"KUALA LUMPUR : Pelakon Faizal Yusup meninggal dunia akibat serangan jantung.....bla bla bla....." uishhhh terkejut gak dengar berita dari status kawan-kawan di FB. Tak la minat sangat pun tapi suka la jugak tengok lakonan arwah nie. Kebanyakannya drama yang ditayangkan kat TV3 antaranya Manjalara, Adamaya dan Tiramisu. Not bad, tapi bila dah tengok mesti rasa nak tengok lagi drama arwah yang seterusnya. Paling kelakar rasanya yang ada arwah nie berlakon jadi dua karekter, apa ntah tajuk nya. Mendengar berita nie, jadi teringat pulak dengan berita pemergian arwah Din Beramboi tidak lama dulu. Seakan-akan sama cuma sebab je kot mungkin yang berbeza. Emmm memang arwah nie lawak, pagi2 memang tak sah kalau x dengar riuh pagi era. Pastu mula la senyum sensorang masa tengah drive. Kadang2 sekarang pun masih ingat lagi lawak2 pagi arwah tu. Tapi yea la kan, dah begitu perjanjianNya, redha kan je la. Al-fatihah.
Sebetulnya berita kematian mengejut nie ada je berlaku kat mana-mana. Tapi disebabkan yang terlibat adalah golongan artis, tu yang jadi riuh satu malaya. Dan tak kisah la sesiapa pun, pasti ada hikmah di sebalik kejadian nie semua. DIA maha mengetahui lagi maha mengasihani. Yang penting adalah semua orang dapat pengajaran daripada kejadian ini (harap-harapnya la). Kalau difikir-fikirkan dan direnung-renungkan, sebenarnya kehidupan ini terlalu singkat. Kebelakangan ini, setiap hari ada sahaja berita tentang kematian. Tak kisah la sebab apa pun. Ramai antaranya adalah golongan remaja dan juga dalam lingkungan umur 30an hingga 40an. Hari nie sihat walafiat jer, tup-tup esok dah tiada. Bukan nak menakutkan sesiapa, tetapi itulah hakikatnya. Mengingat mati itu wajib bagi setiap umat Islam. Dan apabila kita mengingati nya, maka kita akan melihat dan menilai sendiri amal ibadah yang telah kita lakukan selama kita hidup ini. Cukupkah bekalan kita untuk ke SANA? Apakah yang bakal kita tinggalkan? Harta kekayaan? Pangkat? Suami? Isteri? Anak-anak? Ilmu? Nama?. Siapa pun kita, kita adalah sama dan semuanya adalah milikNya yang Satu. Ini bermakna dimana sahaja kita berada, berapa pun umur kita, bila-bila masa sahaja kita boleh dijemput oleh Nya.
"Renung-renungkan lah dan selamat beramal" rasanya nie la ayat paling popular lagi glamer sekarang nie yang berasal dari penceramah motivasi Dr Tengku Asmadi. Tua, muda, remaja,budak sekolah, semua nak menggunakan ayat nie. Tapi tak tahulah samaada mereka betul-betul faham dan menghayati nya, hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu. Tepuk dada tanya akal. Wa'allahualam.......
No comments:
Post a Comment