Hari Pertama Afif dan Afiq ke sekolah. Sejak semalam diorang memang 'excited' sungguh nak pergi skolah. Sampai kat sekolah, masuk kelas dan duduk kat tempat masing-masing. Ummie dengan Abi pun sama teruja jugak dok kat dalam kelas. Ishhh macam2 hal dan ragam budak2 nie. Ada yang 'cool', ada yang nangis bagai nak rak, ada yang nangis nak susu dan macam2 lagi lah. Paling tak tahan, ada pulak yang lari sampai keluar pagar cari mak dia. Mak bapak nya pulak pegi tinggal kan anak nya macam tu jer, apalagi panik la cari maknya. Yang si Afif ngan Afiq nie dok survey jer orang lain. Macam biasa; diorang memang dok berdua tu je la, maklum lah belum kenal kawan lagi. Tidak lama selepas itu, sekali cikgu cakap ' minta maaf encik2 dan puan2, nampak nya anak-anak dah okay,boleh lah tinggalkan anak2 encik2 dan puan2 semua...." So, tinggal lah diorang kat situ.....
Setengah jam pertama nampak teruja sangat mewarna dan dengar cikgu cakap kat depan. Sejam kedua, dia dah mula panas, serba tak kena.Terintai2 lagi ummie ngan abi yang dok kat luar kelas nie. Nak tinggal kan terus, macam tak sampai hati. Duduk lah lagi smbil jenguk2 ke dalam kelas. Alih-alih dua2 heret beg bawak keluar. Dalam hati, 'siap lah budak2 nie nak mula dah'.....memang betul pun la...nak ummie ngan abi dok sekali. Kes naya dah nie. " mana boleh ummie ngan abi dok sini, semua kawan afif ngan afiq je kat sini..." Afif jawap smabil pandang orang lain " tu ummie dia ada, tu mama dia ada, tu abi dia ada, ayah dia ada...." (dah nak mula nangis daaa). Adeiii boleh pulak dia jawap camtu. Ummie jawap balik " tu sebab dia demam....abang ngan adik tak demam kan...kenapa pulak abang nak nangis nie..." afif jawap lagi " diorang tu nangis"...Ah sudah...memang kes naya dah nie...semua nak ikut macam orang. Fening2.....siap bagi macam2 alasan tu nak ikut ummie, lenguh tangan la, dahaga la, nak air la, kaler dah patah la.....bla bla bla.... adoyaiii anak2.
Tapi bila tengokkan keadaan nie, memang rasa tabik spring la cikgu2 pra nie....kiri kanan depan belakang asik la budak2 nie menangis.Cikgu2 nie gigih nya la memujuk sorang2. Kalu la Cikgu Aishah nie la namanya, memang tak dapek nak nolong la katernya. Hanya Tuhan sahaja yang memahami keadaan dan perasaan beliau. Moga2 mereka diberkati dunia dan akhirat. Berbalik lagi pada kisah Afif ngan Afiq. Ummie pujuk Afif dan Abi pujuk Afiq. Puas la memujuk dengan macam2 janji manis lembut gigi dari lidah nie. Akhirnya dapat lah penyelesaian. Ada la seorang budak yang 'cool' nie, boleh la main dan kawan ngan Afif dan Afiq. Siap la kluar cite bakukan, spiderman, ben10 dan apa2 ntah lagi yang seangkatan dengan nya. Fuhhh lega rasanya....sikit2 setapak demi setapak dapat lah kluar dari kelas. Duduk kejap kat luar sambil intai2 dalam kelas. Nampak okay, kitorang pun balik la. Dalam kereta tanya Abi macam mana dapat pujuk Afiq. "Hahahaha....curi idea kakak yang kat sebelah tu tadi" " apa?" "...dia pujuk anak dia - nanti mama beli kete control kalau Syafiq sekolah hari nie..." " adoiiiii, Abi nie pun la......dah tu cam ne?" " camner2 aper nya, beli kan je la nanti...." dalam hati " ishhhh senang nya la abi ni cakap..." what so ever la, asalkan budak2 nie nak pegi sekolah. Siap kan je lah bagetnya bulan depan yea Abi....
Waktu persekolahan 8 pagi hingga 4 petang. Maka habis la kisah hari ini. Kalau nak diikutkan memang banyak cerita hari ini. Panjang berjela2 la pulak. Sudah la dulu untuk hari ini. Kenangan pertama hantar anak2 ke sekolah memang sangat seronok. Kena pulak anak2 kembar nie, memang jadi perhatian la. Glamer jugak la ummie nie....hahahaha.....
No comments:
Post a Comment