Sunday, January 2, 2011

Telah tiba

2 Januari 2011... Hari terakhir cuti persekolahan bagi sesi 2010. Maka esok bermulalah hari persekolahan bagi sesi 2011. Lebih bermakna apabila ummie dan anak-anak memulakan persekolahan serentak. Tahun nie merupakan tahun yang sebenar-benarnya bergelar seorang guru. Anak-anak pulak masuk pra sekolah. Dah umur lima tahun baru nak masuk sekolah, anak orang lain umur tiga empat tahun dah masuk sekolah. Sekarang dah pandai baca pun. Afif dan Afiq jugak la yang agak tertinggal nya. Tak kisah dan normal la kan. Memang waktunya pun iaitu membesar mengikut peringkat umur.

Menurut seorang pakar kanak-kanak (tak ingat dah sapa), umur anak-anak  terbahagi kepada tiga peringkat (setiap tujuh tahun). Pada peringkat tujuh tahun pertama merupakan peringkat mengenal dunia dan mengeksplorasi minda. Yea la kan, bayi baru lahir aper la sangat yang mereka tahu selain dari menangis. Bila menangis je, kita sendiri sedia maklum apa masalah nya. Lapar, sakit, rimas, tidak selesa dan semuanya di beri isyarat dengan menangis. Begitu la seterusnya pembesaran anak-anak dari sehari ke sehari. semakin meningkat usia semakin banyak yang dipelajari. Namun begitu, saat-saat yang paling indah adalah apabila anak-anak telah mula bercakap. Dah pandai bercakap, siap la soalan-soalan yang kadang kala sangat menguji minda. Memang letih nak jawap,tapi layan kan je lah. Main?? Dunia mereka adalah dengan bermain dan tak bleh nak kata apa la, pantang bila sakit jer. Masa nie jugak la siap 'loyar buruk'nya ngan kita. Tetapi secara jujurnya inilah masa yang paling bermakna dalam peringkat tumbesaran anak-anak. kita akan sentiasa rindu memori ini.

Masuk peringkat tujuh tahun kedua. Melangkah ke alam persekolahan (sekolah rendah). Mereka mula belajar, berkawan dan bermain dengan keadaan sekeliling. Ketika umur inilah anak-anak bersikap jujur dan mudah mengikut kata. Percaya atau tidak, setiap apa yang diajar oleh guru ketika disekolah semuanya adalah betul. Sebagai ibubapa, walau macam mana dan apa pun yang kita cakap, mesti mereka akan berkata " cikgu cakap macam tu..." " cikgu cakap macam nie......" semua la cikgu dia je yang betul. Ini bermakna peringkat umur yang paling kritikal untuk kita berhadapan dengan anak-anak. Ketika ini anak-anak sedikit demi sedikit belajar mengenali diri dan orang lain. Perubahan fizikal jugak turut mempengaruhi jiwa dan fikiran mereka. Terlalu banyak persoalan yang kadangkala tidak terfikir langsung oleh kita. Semakin banyak yang dipelajari semakin banyak lah soalan. Sudah bersediakah kita menjadi ibu bapa?

Peringkat tujuh tahun terakhir. Anak-anak meningkat usia remaja. Bermakna cabaran dan dugaan yang datang sukar diramal. Menurut Dr Fadhilah Kamsah, ibubapa seharusnya melayan anak-anak sebagai seorang kawan. Kita harus menjadi kawan kepada anak-anak. Ini kerana sudah fitrahnya mereka ingin mencuba menjadi seseorang yang hebat, mempunyai ramai kawan dan macam-macam lagi keinginannya. Secara psikologinya, peringkat umur begini memerlukan ketahanan minda yang kuat. Mereka mudah terdedah dengan persekitaran dan pengaruh baik positif mahupun negatif. Andai tersilap langkah, padah akibatnya. Mungkin atas alasan inilah ibubapa digalakkan menjadi "kawan" kepada anak-anak agar mereka rasa selesa untuk berkongsi apa jua cerita mahupun masalah. Bergelar guru di sekolah menengah sedikit sebanyak memberi pengajaran tentang remaja. Kita dulu pun pernah remaja jugak kan. Akan tetapi zaman kita dahulu tidak sama dengan zaman anak-anak kita sekarang nie. Menangani kerenah dan masalah pelajar-pelajar yang pelbagai sangat menginsafkan. Ditambah pula dengan latarbelakang yang adakalanya diluar dugaan dan fikiran kita. Emmm macam-macam hal.

Begitulah putaran hidup, kira-kira selepas anak-anak berumur 21 tahun, maka bebaslah mereka dalam menjalani kehidupan seterusnya. Namun begitu, bukanlah bermakna mereka "bebas" untuk melakukan apa pun yang mereka mahu. Mereka masih lagi dalam tanggungjawap kita sebagai ibubapa. Cuma kita bertindak sebagai pemantau dan penasihat kepada mereka. Doa untuk anak-anak agar mereka menjadi seorang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain serta berjaya dunia dan akhirat. Merekalah harta yang bakal ditinggalkan untuk mendoakan kita semasa di alam barzakh. Insyaallah......
** Sekadar untuk persediaan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment