Saturday, January 1, 2011

Debaran

25 Disember 2010 yang lalu...Hari pendaftaran persekolahan Afif dan Afiq. Bukan la sekolah darjah satu tapi baru nak masuk pra sekolah, umur baru lima tahun. Syahdu je rasanya masa pergi daftar dan baru tersedar bahawasanya dah besar rupanya anak-anak ummie nie. Yuran? Biasalah zaman teknologi nie, agak boleh tahan jugak la jumlahnya. Mana ada yang murah macam dulu lagi dah sekarang nie.Kena pulak dua orang sekali yang nak masuk sekolah nie, faham-faham je la.

Persiapan. Sebenarnya memang teruja membuat persiapan untuk anak-anak nak mula sekolah nie. Semua serba baru. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua nak lengkap. Paling tak tahan pandai pulak demand nak yang ada gambar Ben10. Kuat sungguh pengaruh kartun. Dah ada pengeluaran ada la juga permintaan. Nasib baik la tak susah nak dapat. Pegi je la manapun mesti ada jual beg, kasut,stationary dan segala yang seangkatan dengan nya, Tinggal lagi keluarkan je la duit. Tauke kedai senyum lebar, kita nie jugak la yang muka kelat je. Haiii anak-anak punya pasal ikut kan je la. Lagipun bukan nya orang lain, anak sendiri jugak.

Teringat pulak taklimat dari guru besar. " ....tahniah dan terima kasih kerana menghantar anak-anak anda ke sekolah yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan pelaburan tuan puan sekalian memperolehi keberkatan dunia dan akhirat buat selamanya." Tiada yang istimewa, tetapi ucapan beliau seakan berbekas di hati.Sukar digambarkan perasaan itu. Memang pada zahirnya ada kekurangan tetapi pengisian yang disediakan oleh pihak sekolah sedikit sebanyak dapat membentuk keperibadian sebagai seorang yang soleh dan solehah. Semoga mereka menjadi anak-anak yang dapat berbakti kepada ibubapa, bangsa dan negara. Insyaallah.

Agaknya macam nie la kot perasaan masa mak ayah kita dulu hantar kita ke sekolah. Besar harapan mereka, besar juga harapan kita pada anak-anak agar dapat menjadi seorang yang berguna kelak. Ini baru daftar je, belum pergi sekolah betul-betul lagi. Tunggu je la hari pertama sekolah nanti, entah macam mana la gayanya si Afif dengan Afiq kat sekolah.Tungguuuu.....:-)

No comments:

Post a Comment